Monday, May 08, 2006

KB Bazar (Sebelah KB Mall) Mula Buka Untuk Perniagaan 25hb Mei 2006

KB Bazaar, satu lagi pusat perniagaan baru berbentuk bazaar terletak bersebelahan dengan pusat beli-belah KB Mall, yang di kendalikan oleh Prokel, anak syarikat PKINK (Perbadanan ikhtisas Negeri Kelantan) akan membuka kedai-kedainya untuk perniagaan pada 25hb Mei 2006. Semua dijemput untuk melihat produk-produk yang akan di niagakan dengan harga yang berpatutan.

Difahamkan juga bahawa masih ada lot-lot kedai yang kosong yang di buka untuk di sewa. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pegawai-pegawai Prokel di tingkat bawah di KB Bazaar, atau di pejabat Prokel di tingkat 2, Bangunan Perbadanan (bersebelahan dengan hotel Grand Riverview Kota Bharu, atau telepon 09-7440466

Kolej Komuniti KokLanas/Ketereh Sediakan Kursus Pendek Untuk Semua Lapisan Masyarakat

Adakah anda tahu bahawa Kolej Komuniti di Kok Lanas/Ketereh menyediakan berbagai kursus kemahiran dan kursus jangka pendek? Tahukah anda bahawa kita boleh memohon agar pihak Kolej Komuniti menganjurkan apa saja kursus yang kita mahu asalkan jumlah peserta hendaklah sekurang-kurangnya 15-20 orang. Jadi kita boleh berkerjasama antara sesama kita yang berminat dalam sesuatu kursus untuk mengumpulkan sejumlah 15-20 orang peserta.

Untuk permulaan, saya ingin mendapatkan peserta-peserta yang mencukupi untuk belajar MEMBINA LAMAN WEB yang akan di anjurkan oleh Kolej Komuniti ditempat dan masa yang sesuai. Yurannya murah: lebih kurang RM20.00 untuk kursus berjumlah 20 jam.

Sesiapa yang berminat sila hantar email kepada saya (Abdullah) dialamat abdulct@gmail.com, nyatakan nama penuh, nombor telepon, dan kursus yang anda ingin di ikuti (tidak semestinya kursus bina Laman Web).

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh hubungi pegawai Kolej Komuniti En. Mohamad Tanafiah Tel 09-7880400 atau 013-9311191.

Sekian, selamat maju jaya.

Abdullah C.T.

Welcome Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Terima kasih kerana melayari laman web ini. Saya harap anda dapat meruangkan masa dan menyumbang tenaga untuk membaca maklumat dan mengambil bahagian yang aktif dalam membina blog ini untuk faedah kita semua warga Kota Bharu, warga Kelantan dan Malaysia.

Anggap lah weblog ini sebagai Akhbar Rakyat anda di mana semua berita dan maklumat yang bersabit dengan kita di Kota Bharu amnya dan juga di Kelantan amnya. Orang-orang yang tidak tinggal atau menetap di Kelantan juga di alu-alukan untuk menyumbang ke dalam Akhbar Rakyat kita ni.

Anda boleh hanar sumbangan dan pengumuman anda melalui email keada abdulct@gmail.com, dan jangan lupa nyatakan nama penuh dan nombor telepon anda.

Hingga kita jumpa di lain lambaran, ini lah saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua.

Wassallam.

Abdullah C.T.